BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 27, 2009

APA ITU CATAN

Catan merupakan hasil seni bahantara warna pada permukaan yang rata seperti bahan legap seperti atau kanvas catan biasanya dihasilkan dalam bentuk dua dimensi sahaja. Bahan warna yang biasa digunakan untuk menghasilkannya ialah cat air, cat minyak, poster colour atau akrilik. Bahan pewarna dari tumbuh-tumbuhan pula seperti kunyit, pinang, inai, senduduk juga boleh digunakan menghasilkan catan. Selain dari pewarna dan berus, peralatan dan bahan-bahan lain yang menghasilkan catan bahan lain juga dibenarkan jika ia boleh memberi kesan yang menarik dan menyeronokkan adalah digalakkan. Catan selalunya berfungsi menceritakan sesuatu peristiwa atau memberitahu sesuatu maksud, Catan juga membolehkan seseorang artis meluahkan perasaan dan merakamkan gambaran pemikiran melalui imej visual yang diterjemahkan dalam bentuk nyata atau abstrak.

Seorang pelukis terkenal, iaitu Wassily Kandinsky menyatakan, “setiap seni mempunyai bahasa yang tersendiri, iaitu satu cara yang khusus bagi setiar catan. Setiap seni itu merupakan suatu yang lengkap dengar sendirinya dan hidup dalam alamnya yang tersendiri”. Biasanya bahan untuk catan cat air atau water colour banyak menggunakan air dan menggunakan pengilat gam Arab. Cat air bersifat lutsinar, ia juga boleh digelapkan sekiranya warna disapu beberapa kali atau tebal. Manakala catan cat Minyak pula menggunakan turpentine atau bahan pengilapnya ialah minyak linsid berfungsi mencairkan warna dan ia bersifat legap dan perlu dicerahkan sedikit demi sedikit. Catan cat akrilik pula menggunakan air, bersifat lutsinar dan legap juga boleh dicerah warnanya.

0 comments: